Cara Untuk Dapatkan CV Anda ke Dalam Senarai Recruiter

Posted by
 

Pasaran kerja pada zaman ini semakin sengit dengan ribuan fresh grad dari universiti untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap. Walaupun ramai yang tidak mendapat peluang pekerjaan setelah mencuba dalam tempoh bertahun-tahun, masalah yang dihadapi oleh mereka adalah butiran-butiran dalam Curriculum vitae (CV) yang tidak dikemaskini. Sama dengan resume, CV perlu dikemaskini secara jelas dan ringkas dengan menyediakan informasi yang relevan supaya memastikan anda membuat first impression yang terbaik kepada recruiter.

 

First impression penting tau!

Dengan memahami proses bagaimana untuk berhubung dengan¬†recruiter, ia akan membantu anda mempercepatkan proses tersebut dan meningkatkan peluang anda untuk mencari kerja yang anda idamkan. Ingin tahu bagaimana nak dapatkan peluang itu? Kami kupaskan 5 cara yang mudah untuk mengoptimumkan CV anda supaya¬†recruiter “jatuh cinta” dengan anda!¬†

Buang pernyataan objektif anda dari CV

Perkara ini anda boleh mempertimbangkan sama ada nak letak atau tidak, namun ia bergantung pada mana-mana syarikat dalam proses recruitment. Secara umumnya, pernyataan objektif tidak memberi sebarang nilai kepada CV anda. Anda perlu fokus pada menulis satu ringkasan eksekutif atau bahagian pengenalan diri anda. Cara ini akan membolehkan anda mempamerkan proposisi nilai keseluruhan yang menyatakan kepakaran anda. Ini merupakan peluang anda untuk jelaskan bahawa anda adalah calon terbaik sambil mengekalkan pernyataan anda relevan, menarik dan unik.

Kurikulum tambahan

Laburkan masa dan usaha anda untuk membangunkan kemahiran dan keprofesionalan anda seperti menghadiri webinar, pertemuan dengan ahli-ahli profesional dalam industri atau mempelajari kemahiran baru. Recruiter akan berminat untuk melihat apa yang calon lakukan untuk cabaran seterusnya. Oleh itu, ambil inisiatif ini untuk belajar dan baiki kemahiran anda di luar waktu kerja dan belajar anda supaya anda mempunyai semangat dan minat pada profesion anda.

Garis panduan pelarasan jarak dan pemformatan

Jika anda tidak biasa dengan format CV, kami ada beberapa tips untuk anda ingat. Panjang CV harus mempunyai sekurang-kurangnya 2 halaman untuk fresh grad, manakala golongan profesional pula memerlukan 3 halaman. Setiap tajuk perlu diketengahkan untuk memperkenalkan bahagian baru dan memudahkan pembacaan. Pilih muka taip yang sesuai seperti Calibri atau Arial untuk isi kandungan supaya recruiter mudah membaca CV anda. Jangan pulak pergi pilih muka taip Comic Sans atau muka taip yang jenis fancy kerana CV anda tidak kelihatan profesional dan menjejaskan peluang anda tau! Tetapkan saiz muka taip 10 atau 12 dan gunakan italic jika diperlukan.

Pastikan margin halaman dalam 2.5cm dan tidak kurang dari 1.27cm. Pengurangan margin halaman anda di bawah minimum akan membuatkan CV anda kelihatan tidak kemas dan sukar untuk dibaca. Proofread beberapa kali untuk mengenalpasti kesalahan taip dan ketidaktepatan pada isi kandungan CV. Akhir sekali, jangan lupa save dokumen anda dalam bentuk PDF untuk memastikan majikan mudah mengakses melalui mana-mana peranti sementara mengekalkan format CV anda.

Tentukan agensi pengambilan pekerja yang sesuai untuk anda

Agensi-agensi pengambilan pekerja mempunyai hubungan dengan industri dan syarikat yang anda mungkin tidak sedar. Sekiranya anda mencari kerja dalan bidang yang khusus, anda perlu menjangkau mana-mana recruiter untuk mencari connection yang betul. Sebaik sahaja anda jumpa recruiter yang berpotensi, luangkan masa anda untuk membina hubungan profesional anda dan tanya kepada recruiter anda tentang bagaimana mereka memasarkan CV anda dan membentangkannya kepada syarikat. Hal ini penting untuk memastikan anda selesa dengan cara recruiter yang mewakilkan anda dan belajar untuk berhubung dengan lebih dari satu recruiter untuk memperluaskan jangkauan anda.

Jangan lupa untuk follow-up!

Ini merupakan perkara yang paling wajib untuk anda mendapatkan peluang pekerjaan ya! Anda perlu follow-up antara 5 hingga 10 hari bekerja selepas menghantar CV anda kepada recruiter. Sekiranya anda melalui saringan telefon setelah menghantar CV, susulkan dengan majikan untuk mengetahui mereka bahawa anda menghargai perbualan dan berminat untuk berhubung dengan anda. Tekankan minat anda dengan lebih lanjut dan mengesahkan semula syarat-syarat yang telah dibincangkan sebelum.

 

Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *