6 Tips untuk Membuatkan Resume Anda Menonjol!

Posted by
Ā 

Ingin dapatkan kerja sepenuh masa pada tahun 2020? Mungkin masa ini terbaik untuk menukarkan resume anda yang lama ke resume yang menarik perhatian bakal majikan anda! Sekiranya anda mahukan terbaik dalam pencarian kerja, anda perlukan resume terkini dengan keperluan utama. Tanpa melengahkan masa, ikuti 6 tips untuk membuatkan resume anda menonjol!

 

Ini contoh ya, wahai pembaca. 😜

1. Format resume terbaik

Tujuan resume anda adalah untuk menceritakan kisah hidup tentang siapakah anda, apa yang anda telah capai dan kemampuan anda secara ringkas. Dari menghasilkan resume yang komprehensif, pilihlahĀ layoutĀ yang mudah dan bersih supaya majikan anda senang membacanya. Paling penting sekali, perlulah ada bahagian yang jelas dan tajuk utama pada resume. Jangan lupa untuk gunakan satu muka taip yang sesuai (seperti Helvetica, Arial dan Franklin Gothic) sahaja dalam keseluruhan resume anda!

2. Penggunaan warna

Gunakan warna untukĀ highlight bahagian maklumat yang tertentu atau memisahkan bahagian-bahagian resume. Warna-warna cerah seperti biru muda, kelabu danĀ pale beige merupakan warna yang paling sesuai digunakan pada resume, sedangkan warna-warna terang mungkin tidak sesuai kerana ia dapat mengalihkan pandangan pembaca dari kandungan itu sendiri. Walaupun kebanyakan resume hanya menggunakan warna hitam dan putih, warna-warna lain juga digunakan sekiranya anda memohon kerja di bidang atau industri seni kreatif.

3. Pengalaman kerja dan kemahiran yang relevan

Anda mungkin rasaĀ temptedĀ untuk letakkan semua kemahiran yang anda mahir pada resume, namun ia tidaklah penting jika ia tidak berkait dengan pekerjaan yang anda mohon. Jadi, anda perlu masukkan kata-kata kunci yang penting danĀ statementĀ yang ringkas tentang kemahiran-kemahiran teras anda serta tekankan kemahiran secara ketara. Sekiranya anda bekerja dalam bidang teknologi, kemahiran insaniah danĀ programming adalah kemahiran yang dilihat oleh majikan pada resume anda.

4. Pencapaian dalam resume

Apa yang anda telah capai sepanjang kerjaya anda akan membezakan diri anda dari calon-calon lain. Tekankan pada kerja-kerja terbaru yang anda telah sumbangkan. Apa-apa sahaja yang menunjukan rekod pertumbuhan, pendapatan dan keuntungan yang membina kemahiran anda juga bagus untuk dimasukkan pada resume. Sekiranya anda berada dalam bidang yang tidak mengukur pencapaian, fokuskan pada beberapa faktor seperti:

  • Adakah anda individu utama untuk pekerjaan itu?
  • Bagaimana prestasi anda berbanding dengan rakan-rakan anda?
  • Apakah nilai prestasi anda berdasarkan penilaian dari pengurus anda?
5. Tinggalkan maklumat-maklumat yang tidak berkenaan dari resume

Anda tidak perlu meletakkan sebarang informasi yang tidak penting pada resume kerana ia akan menyukarkan majikan untuk reviewĀ latar belakang anda. Jadi, anda perluĀ highlightkan kemahiran dan informasi penting yang relevan pada pekerjaan yang anda mohon. Selain itu, anda juga pertimbangkan untuk meletakkan senarai berasingan jika anda ingin memasukkan nama dan maklumat bekas pengurus anda.

6. Penggunaan kata-kata kunci yang relevan

Kata-kata kunci pada resume adalah sangat penting untuk membantu resume anda menonjol. Kemahiran, kemampuan, kelayakan dan kualiti adalah beberapa komponen yang anda boleh pelajari untuk memasukkan perkataan-perkataan dalam resume anda. LihatĀ job postingsĀ dengan jawatan yang sama untuk memadankan kemahiran dan minat dengan resume anda. Laman web rasmi syarikat atau LinkedInĀ juga boleh dijadikan sebagai sumber alternatif untuk mencari kata-kata kunci berpotensi.

BONUS:Ā Sekiranya anda tidak mahir dalam menghasilkan resume, anda tidak perlu risau kerana ada servisĀ resume maker untuk menjimatkan masa anda! Apa yang anda perlu buat adalah pilih satuĀ templateĀ resume dan gunakan alat-alatan yang mudah digunakan untukĀ customise layout yang sesuai untuk pekerjaan yang dipohon. Anda juga boleh meminta rakan anda untukĀ proof readĀ resume anda sebelum menghantar kepada majikan.

 

Kami di Jobstore.com ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada anda dan semoga berjaya dalam pencarian kerja serta kerjaya anda! Jangan lupa untuk ikuti kamiĀ untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini sepanjang tahun 2020!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me atĀ sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *