4 Strategi Yang Majikan Boleh Amalkan Untuk Menjaga Kesihatan Mental Pekerja

4 Strategi Yang Majikan Boleh Amalkan Untuk Menjaga Kesihatan Mental Pekerja

Posted by

Kesihatan mental di tempat kerja seharusnya tidak dipandang remeh oleh mana-mana syarikat atau organisasi. Ramai tenaga kerja yang dilihat semakin tertekan dengan masalah kesihatan mental yang diburukkan lagi dengan bebanan kerja.

Artikel berkaitan: Masalah kesihatan mental dalam kalangan pekerja Malaysia meningkat

Anda sebagai majikan perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan budaya dan persekitaran syarikat yang meletakkan kesejahteraan mental pekerja sebagai perkara utama. Berikut kami kongsikan 4 strategi yang anda boleh amalkan untuk menjaga kesihatan mental pekerja anda.

1. Galakkan pekerja untuk menetapkan sempadan dan katakan tidak

4 Strategi Yang Majikan Boleh Amalkan Untuk Menjaga Kesihatan Mental Pekerja

Kadang-kadang pekerja mungkin berasa burnout dengan beban kerja yang menimbun. Dalam situasi begini, anda sebagai majikan boleh bantu dengan menetapkan sempadan. 

Nasihatkan mereka untuk berkata ‘tidak’ kepada perkara-perkara tertentu, dan berkata ‘ya’ kepada perkara yang lebih penting.

2. Galakkan pekerja untuk berehat apabila perlu

Semakin banyak tanggungjawab yang digalas, semakin terganggu kesihatan mental pekerja anda. Nasihatkan mereka untuk berehat apabila perlu.

Dengan meluangkan sedikit masa untuk berehat, bermeditasi atau sekadar melangkah keluar dari tempat kerja dan menghirup udara segar, mereka akan lebih bersedia untuk menangani situasi yang tertekan.

3. Mendengar luahan dan pendapat daripada pekerja

Anda sebagai majikan perlu mendengar luahan pekerja untuk mengetahui permasalahan yang mereka hadapi. Ia bukan sahaja memberi ruang kepada pekerja untuk mengadu tetapi anda sebagai majikan juga akan lebih memahami punca prestasi mereka terganggu.

4. Beri penghargaan 

Pemberian penghargaan atau ganjaran sedikit sebanyak akan mempengaruhi motivasi pekerja dan sekali gus meningkatkan produktiviti organisasi atau syarikat. Dengan memberi penghargaan atau ganjaran kepada pekerja, mereka akan merasakan seolah-olah sumbangan mereka kepada organisasi dihargai.

Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat buat semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter). Layari Jobstore.com untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda bersama kami.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *