Tips Disayangi Dan Dihormati Pekerja Anda

Tips Disayangi Dan Dihormati Pekerja Anda

Posted by

Menjadi seorang majikan atau pengurus bukanlah satu perkara yang mudah. Anda bukan sahaja perlu menguruskan prestasi syarikat, tetapi juga perlu berdepan dengan pelbagai ragam pekerja anda.

Berikut adalah antara tujuh tips agar anda menjadi seorang majikan atau pengurus yang disayangi dan dihormati pekerja anda. 

1. Jangan marah pekerja depan pekerja yang lain

Tips Disayangi Dan Dihormati Pekerja Anda

Lumrah manusia ada perasaan suka, duka, sayang dan sebagainya. Sekiranya anda memarahi pekerja di hadapan rakan mereka yang lain, ia pastinya sangat memalukan. Tindakan ini akan menyebabkan pekerja anda berasa murung dan tertekan.

2. Jangan marah pekerja depan orang lain

Memarahi pekerja di hadapan orang lain adalah satu tindakan yang tidak profesional. Tidak kira anda berada dalam sektor kerajaan atau swasta, tindakan memaki hamun atau memarahi pekerja di hadapan orang lain bakal menimbulkan perasaan tidak puas hati pekerja anda.

3. Tidak berat sebelah

Tidak dinafikan ada majikan yang bersikap pilih kasih dan menyisihkan segelintir pekerja yang kurang disenangi. Sikap ini sangatlah tidak baik dan boleh mengundang rasa kurang hormat pekerja terhadap anda.

Sikap berat sebelah tidak boleh dipraktikkan di tempat kerja kerana sebagai majikan atau pengurus, anda perlu bersikap adil dengan memberikan perhatian dan kerjasama kepada semua pekerja yang bertungkus-lumus membantu menaikkan nama syarikat. Anda perlu membina hubungan baik dengan semua pekerja dan bukan dengan segelintir pekerja sahaja.

4. Amalkan sifat empati

Sekiranya anda ingin disayangi dan dihormati pekerja, anda perlu dengar luahan daripada pekerja-pekerja anda dan beri arahan dengan baik kepada mereka. Kunci untuk membentuk sifat sebagai seorang majikan yang baik adalah dengan memiliki sifat empati.

Majikan atau pengurus yang penuh empati akan mendengar luahan pekerja sekiranya mereka menghadapi masalah. Majikan sebegini juga tidak akan terus memarahi pekerja jika mereka melakukan kesilapan sebaliknya mengambil tahu dahulu apa punca kesilapan tersebut. 

5. Berikan sokongan dan latihan

Tips Disayangi Dan Dihormati Pekerja Anda

Sebagai majikan yang baik, anda boleh memberi sokongan dan latihan kepada pekerja kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi kerja malah dapat meningkatkan produktiviti dan mengglakkan pertumbuhan kerjaya dan kemajuan pekerja anda.

Anda juga boleh bertukar-tukar pendapat dengan pekerja anda kerana ia dapat menambah baik kualiti kerja dalam syarikat. Kadangkala semangat mereka berkurang kerana mereka rasa kerja yang mereka lakukan tidak dihargai.

Artikel berkaitan: Majikan Malaysia Kurang Beri Sokongan Pekerja Tingkat Kemahiran

6. Beri ganjaran atau penghargaan

Salah satu cara untuk anda menjadi majikan yang disayangi dan dihormati pekerja adalah dengan memberikan ganjaran kepada pekerja yang mencapai target yang telah ditetapkan.

Ganjaran yang diberikan boleh berbentuk wang tunai, pakej percutian, dan sebagainya setimpal dengan hasil usaha mereka. Ganjaran atau penghargaan yang diberikan akan menjadikan pekerja anda lebih bekerja keras dan setia kepada anda. 

7. Perbaiki komunikasi dengan pekerja

Tips Disayangi Dan Dihormati Pekerja Anda

Tanpa komunikasi yang baik sesama pekerja, anda tidak akan dapat mencapai kata sepakat. Perbaiki komunikasi anda dengan pekerja anda dan cuba untuk bercakap dengan mereka walaupun bukan hal berkaitan dengan kerja.

Wujudkan hubungan yang baik dengan pekerja anda walaupun hanya sekadar ucapan ‘selamat pagi’. Berikan contoh yang baik dan pekerja anda akan mula ikut nilai positif yang anda sebarkan dalam budaya syarikat anda.

Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter). Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *