Perlukah Majikan Mengambil Pekerja Yang Pernah Dipecat?

Perlukah Majikan Mengambil Pekerja Yang Pernah Dipecat?

Posted by

Terdapat banyak perkara dan persoalan-persoalan yang perlu dipertimbangkan ketika membuat pengambilan pekerja baharu. Antaranya — adakah calon yang membuat permohonan mempunyai pengalaman dan skil yang menepati skop kerja, adakah mereka sesuai dengan budaya kerja di dalam syarikat, adakah mereka bersedia untuk mengisi kekosongan jawatan untuk jangka masa yang lama dan pelbagai lagi persoalan-persoalan bermain di fikiran.

Dalam sesetengah kes, calon mungkin kelihatan sangat sesuai, sehinggalah anda perasan red flag calon tersebut iaitu dia pernah dibuang kerja di syarikat sebelum ini! Jadi, adakah anda akan mempertimbangkan permohonan calon tersebut atau menolak permohonan tersebut tanpa berfikir panjang?

Sebenarnya, kebanyakan pekerja-pekerja di luar sana dipecat atas pelbagai sebab dan ia tidak semestinya salah mereka. Berikut adalah cara untuk menentukan sama ada calon yang dipecat berbaloi untuk diambil bekerja di syarikat anda!

1. Dapatkan cerita sebenar daripada calon

Perlukah Majikan Mengambil Pekerja Yang Telah Dipecat?

Sekiranya calon yang ditemu duga berkongsi bahawa mereka pernah dipecat di syarikat lama, pastikan anda mendengar dengan teliti. Walaupun ia mungkin akan berasa sedikit janggal, tetapi situasi ini sebenarnya memberi anda peluang untuk cipta satu perbualan yang jujur dari hati ke hati dengan calon tersebut.

Terdapat banyak kemungkinan yang menyebabkan mereka dipecat antaranya mungkin budaya di tempat kerja lama tidak sesuai dengan mereka, atau mungkin mereka tidak disukai majikan atau penyelia atas sebab-sebab yang tidak diingini dan diluar kawalan mereka, atau mungkin mereka tidak melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik. Walau bagaimanapun, ia bukanlah bermaksud mereka tidak sesuai dengan kekosongan jawatan yang anda tawarkan.

Pada waktu ini, anda sepatutnya sudah dapat mengagak apa yang berlaku berdasarkan cerita yang diceritakan oleh calon dan cara calon tersebut menceritakannya.

2. Apa yang mereka pelajari

Setiap orang melakukan kesilapan. Apa yang penting adalah bagaimana mereka menanganinya, dan apa yang mereka pelajari daripada pemecatan tersebut. Seorang calon OKU sebenarnya berpotensi untuk menjadi lebih berharga daripada calon yang mempunyai mempunyai fizikal yang sempurna sekiranya mereka belajar dari pengalaman.

3. Semak rujukan (reference)

Perlukah Majikan Mengambil Pekerja Yang Telah Dipecat?

Walaupun calon telah meredakan ketakutan anda dengan memberi penjelasan kenapa dia dipecat, tetapi untuk mengelakkan sebarang penipuan, anda boleh menghubungi rujukan (reference) mereka dan mendapatkan gambaran penuh. Walaupun calon mungkin tidak akan meletakkan nombor majikan yang telah memecatnya, tetapi rujukan yang ada akan dapat membantu anda membuat keputusan.

Anda juga boleh menyemak latar belakang calon. Tidak kira sama ada calon pernah dipecat (atau mereka telah memberi sebab-sebab lain untuk meragui keupayaan mereka), anda boleh menyemak latar belakang mereka untuk mengelakkan red flag yang tidak diingini seperti rekod jenayah.

4. Percaya pada perasaan anda

Tiada jawapan yang tepat sama ada anda perlu hire seseorang yang pernah dipecat di syarikat lama mereka ataupun tidak. Namun, perkara yang paling penting adalah pemecatan tidak seharusnya dilihat sebagai perkara yang negatif atau sebagai penghalang seseorang itu untuk berjaya tetapi ia lebih kepada peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang individu yang memohon jawatan di syarikat anda.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat para majikan di luar sana.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter).

Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *