12 Etika Temu Duga Untuk Para Majikan Dan Perekrut!

12 Etika Temu Duga Untuk Para Majikan Dan Perekrut!

Posted by

Lazimnya, kita selalu memberi tumpuan kepada kesalahan yang perlu dielakkan oleh pencari kerja ketika ditemu duga. 

Jarang kita membincangkan tentang kesalahan yang perlu dielakkan oleh para majikan dan perekrut. 

Etika temu duga yang betul akan membantu anda meminimumkan kesalahan-kesalahan yang tidak diingini dan dapat mengelakkan diri dan syarikat daripada diberi tanggapan buruk oleh calon.

Amalkan 12 etika ini setiap kali anda mengadakan sesi temu duga.

1. Bersiap sedia

12 Etika Temu Duga Untuk Para Majikan Dan Perekrut!

Anda berharap calon bersiap sedia dengan proses temu duga ini, dan perkara yang sama juga diharapkan daripada anda. Pastikan anda membaca atau menyemak resume calon sebelum temu duga bermula. 

Sediakan senarai soalan yang anda ingin tanyakan kepada calon.

2. Mula dan akhiri temu duga tepat pada waktunya

Hormati masa calon yang ditemu duga dengan memastikan sesi temu duga tamat tepat pada waktunya atau akhiri sesi temu duga beberapa minit lebih awal. 

Mereka mungkin mempunyai sesi temu duga lain yang perlu mereka hadiri dan apabila anda mengakhiri temu duga lewat, ia pastinya akan menyukarkan hari mereka. Kita mudahkan urusan orang, Tuhan mudahkan urusan kita.

3. Jangan bincangkan isu-isu sensitif

Elakkan untuk membincangkan atau bertanyakan soalan atau isu yang melibatkan ageisme, seksisme, perkauman, atau mana-mana diskriminasi lain.

Kekalkan tahap profesional agar ia tidak menggangu komunikasi dan ‘mood’ anda dan juga calon yang ditemu duga.

4. Pakai pakaian yang bersesuaian 

Anda tidak semestinya perlu untuk memakai sut dan tali leher. Cukuplah penampilan anda kelihatan kemas dan berpakaian mengikut kod pakaian di tempat kerja. 

Berikan first impression yang baik kepada calon yang ditemu duga.

5. Kurangkan gangguan 

Elakkan untuk mengangkat panggilan yang tidak penting. Pastikan telefon bimbit anda berada dalam mod senyap. Pastikan tiada sebarang gangguan daripada staf anda di tempat kerja.

Pastikan semua orang sedar bahawa anda sedang melakukan sesi temu duga, dan hanya mengganggu sekiranya ada perkara penting sahaja. Jadikan ruang temu duga sebagai ruang fokus anda.

6. Beri perhatian

12 Etika Temu Duga Untuk Para Majikan Dan Perekrut!

Gunakan kemahiran mendengar anda. Perhatikan dan dengar apa yang calon ingin sampaikan. 

Dengan menjadi pendengar, anda boleh mempelbagaikan soalan dan ia sedikit sebanyak akan membantu anda lebih mendalami personaliti calon yang ditemu duga.

7. Ia adalah perbualan, bukannya soal siasat

Tanpa perbualan/sesi temu duga yang baik, anda tidak akan mengenali personaliti sebenar calon.

Lebihkan senyuman dan kurangkan formaliti. Ia akan membantu calon untuk lebih tenang dan tidak gugup.  Ingat! Anda sedang mencari calon yang berpotensi dan pastikan mereka excited dengan tawaran kerja di syarikat anda.

8. Tanya soalan yang sama kepada semua calon

Dalam sehari, anda pasti akan menemu duga lebih daripada seorang calon. Pastikan anda tanyakan soalan yang sama kepada semua calon. Ia adalah untuk menilai jawapan dan cara setiap calon menjawab soalan yang diberikan.

Ini tidak bermaksud anda tidak boleh bertanya soalan-soalan lain. 

9. Jangan tanya soalan yang tidak perlu

Jangan tanya soalan temu duga dengan soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Mungkin anda fikir anda cuma nak uji cara calon menjawab soalan tapi anda akan dianggap sebagai tidak profesional.

10. Tak perlu nak judge

Semasa dan selepas sesi temu duga, luangkan masa dengan berfikir apa yang calon telah lakukan atau katakan sehingga anda tidak memilih mereka untuk jawatan itu.

Kaedah ini akan membantu anda untuk mula sedar adakah keputusan yang anda buat itu berdasarkan emosi atau rasional.

11. Jadi realisitk

Setiap calon yang hadir ke sesi temu duga datang dengan pelbagai jenis kemahiran dan pengalaman industri. Anda perlu melihat kelayakan sebenar calon dan bagaimana mereka boleh berjaya sekiranya mereka memegang jawatan yang mereka mohon. 

Be realistic dan jangan terlalu mengharapkan calon yang sempurna kerana anda akan kehilangan calon yang ‘boleh menjadi sempurna’ hanya dengan sedikit latihan dan bimbingan daripada anda.

12. Beri masa untuk calon bertanyakan soalan

Sesi temu duga ini bukan hanya tentang anda. Beri peluang kepada calon untuk bertanyakan soalan kepada anda. Pastikan calon tidak pulang dengan soalan yang tidak dijawab.

Anda mungkin berasa sangat tertekan dengan sesi temu duga ini. Tetapi etika temu duga yang kami kongsikan ini sedikit sebanyak akan membantu anda kelihatan profesional di hadapan calon. 

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat para majikan dan perekrut di luar sana.

Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter).


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *