Berasa tidak dihargai di tempat kerja merupakan salah satu alasan yang paling kerap didengar setiap kali ada pekerja yang ingin berhenti. Sesetengah daripada mereka ini berasakan bahawa majikannya sudah tidak mempedulikan lagi tentang kewujudan mereka di tempat kerja bahkan dengan kerjaya mereka.
Sebenarnya, penghargaan daripada majikan boleh mempengaruhi kebahagiaan dan perkembangan seseorang pekerja dalam jangka panjang.
Sebagai seorang pekerja, anda perlu peka terhadap sikap majikan dan ambil tahu apabila mereka tidak lagi menghargai anda. Berikut kami kongsikan 5 tanda bahawa majikan sudah tidak mempedulikan anda.
1. Kurangnya penghargaan dan pengiktirafan
Sekiranya pencapaian anda tidak pernah atau kurang dihargai, itu adalah salah satu tanda yang paling jelas bahawa majikan anda tidak menghargai anda sebagai pekerja.
Majikan yang baik pastinya akan memberi pengiktirafan dan penghargaan untuk setiap usaha pekerja-pekerja mereka.
Walaupun sekadar ucapan terima kasih, ia sebenarnya sudah membuatkan pekerja rasa diri mereka dihargai dan akan lebih cenderung untuk menjadi produktif dan setia bersama syarikat untuk jangka masa yang panjang.
2. Pengurusan mikro
Pengurusan mikro ini menunjukkan kurangnya rasa hormat dan keyakinan terhadap kebolehan anda untuk menyelesaikan tugasan tanpa digesa, diperhati atau diingatkan.
3. Beban kerja berkurang
Kerja anda semakin lama semakin berkurang dan sedikit. Majikan atau pengurus anda mungkin sedang memberikan tugas anda kepada orang lain dan biarkan anda buat kerja yang tidak penting dan seminimum yang mungkin.
4. Tidak dilibatkan dalam mesyuarat atau perbincangan penting
Anda tidak lagi diajak untuk menyertai mesyuarat atau sebarang sesi perbincangan.
5. Anda seperti sedang diabaikan
Semua pekerja lain tahu tentang informasi-informasi penting di pejabat. Anda seorang sahaja yang ketinggalan informasi penting tentang apa yang terjadi di pejabat.
Secara ringkasnya, setiap pekerja berhak mendapat penghargaan dan pengiktirafan yang setimpal dengan usaha dan sumbangan mereka. Sekiranya anda berasa bahawa anda tidak dihargai, anda mungkin perlu berbincang dengan majikan atau mencari peluang pekerjaan yang memberikan penghargaan yang lebih baik.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com