First impression ketika sesi temu duga adalah sangat penting dalam membina imej diri di mata bakal majikan. Jangan pandang remeh perkara ini kerana ia boleh menjadi penentu sama ada temu duga anda akan berjaya atau sebaliknya.
Sesetengah calon temu duga gagal pada first impression ini tanpa sempat bakal majikan melihat skil dan pencapaian calon.
Oleh itu, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tiga tips mudah yang anda boleh praktikkan untuk beri first impression kepada bakal majikan ketika sesi temu duga.
1. Berpakaian kemas
First impression daripada bakal majikan/perekrut/penemuduga bergantung kepada apa yang anda pakai ketika menghadiri sesi temu duga. Penampilan anda akan mencerminkan diri dan personaliti anda bahkan juga imej syarikat yang bakal anda bekerja nanti.
Anda disarankan untuk berpakaian profesional dan mengikut kod pakaian (sekiranya ada) tidak mengira apa sahaja jawatan yang anda mohon.
2. Datang awal waktu
Waktu yang paling ideal untuk datang ke lokasi anda ditemuduga adalah 10-15 minit awal iaitu tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat.
Datang awal untuk sesi temu duga dapat menyelamatkan anda dari menghadapi sebarang masalah atau perkara-perkara yang tidak diduga.
Elakkan daripada datang lewat atau hampir-hampir dengan waktu yang ditetapkan kerana ia akan mengganggu fokus anda untuk sesi temu duga.
3. Bersedia untuk sesi temu duga
Setiap sesi temu duga adalah berbeza-beza tetapi selalunya soalan-soalan yang ditanya adalah lebih kurang sama. Anda boleh buat persediaan dengan mengkaji soalan-soalan lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Anda juga perlu membuat kajian tentang latar belakang syarikat dan skop kerja yang anda nak temu duga nanti. Dengan cara ini anda akan lebih yakin untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya nanti.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com