Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Elak Makan Makanan Hangus Atau Terbakar

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Elak Makan Makanan Hangus Atau Terbakar

Posted by

Pengambilan makanan yang hangus atau terbakar (burnt food) secara berterusan pada aras yang tinggi dikatakan akan menyebabkan anda terdedah kepada risiko kanser. 

Walau bagaimanapun, masih belum ada kajian yang boleh mengaitkan antara acrylamide dan kanser pada manusia. 

Bacaan lain: 5 facts about acrylamide and cancer risk

Apa itu acrylamide? Ia adalah warna hitam yang terhasil pada makanan yang hangus atau terbakar. Ia merupakan sebatian yang terbentuk semasa pemanasan makanan yang berasaskan karbohidrat dan protein pada suhu melebihi 100 darjah Celsius, iaitu, semasa menggoreng, memanaskan atau membakar. 

Lebih gelap warna makanan yang  dimasak, lebih tinggi kandungan acrylamide

Artikel berkaitan: Elakkan Pengambilan Makanan Yang Hangus

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Elak Makan Makanan Hangus Atau Terbakar
Sumber: R&D Food Safety Solutions

Jadi perlukah anda menghentikan pengambilan makanan yang hangus atau terbakar? Tidak. Makanan yang hangus atau terbakar boleh diambil secara sederhana namun anda digalakkan supaya memilih makanan yang lebih sihat dan seimbang di samping mengamalkan cara hidup sihat.

Anda dicadangkan untuk memanggang atau membakar dengan nyalaan api yang kecil atau bara atau suhu yang rendah bagi mengekalkan makanan yang dimasak dalam tempoh yang panjang

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Bacaan lain: Ini Sebab Kenapa Vitamin C Tidak Boleh Diambil Secara Berlebihan

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *