Baru-baru ini, tular di platform X mengenai seorang pekerja di sebuah restoran Cina Muslim yang dipecat gara-gara memakai rantai salib ketika sedang bekerja.
Susulan perkara itu, ramai warganet menggesa agar pekerja tersebut menuntut keadilan kerana pemecatannya dilihat sebagai kes pemecatan yang tidak adil dan berlakunya diskriminasi agama.
Artikel berkaitan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sekiranya Diberhentikan Dari Tempat Kerja!
Bekas naib presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, rakyat Malaysia harus bersama-sama menghapus sikap ketidakadilan dan sikap mementingkan diri sendiri yang tidak menghargai kepelbagaian budaya di negara ini.
“Kita tidak seharusnya menggunakan agama untuk menindas orang lain. Ini bukan sahaja terpakai kepada ahli politik, malah setiap rakyat Malaysia,” katanya.
Restoran terbabit adalah restoran mesra Muslim (Muslim-friendly) yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, dan kekecohan bermula selepas seorang pelanggan memuat naik video yang menunjukkan pekerja itu memakai rantai salib, dan bertanya sama ada restoran itu benar-benar mesra Muslim dalam penyediaan makanannya.
Walau bagaimanapun, video tersebut telah dipadam.
Apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah reaksi daripada pihak pengurusan yang mana mereka langsung tidak membela pekerja tersebut, malah terus memecatnya dengan serta-merta.
“Kita tidak seharusnya berdiam diri dengan melihat trend yang muncul dalam kalangan individu atau pihak tertentu yang menggunakan dan memanipulasi agama untuk keuntungan mereka sendiri,” kata naib presiden MCA.
Sementara itu, tinjauan penulis di platform X mendapati rata-rata daripada warganet memihak kepada pekerja yang diberhentikan itu.
I hope he drags the company to court. 24 months backwages lets gooo ???? https://t.co/nQfK3DZ3Yr
— brb (@5M30W) November 19, 2023
Pekerja restoran halal kene pecat sebab pakai salib. Walaupun cara penyediaan makanan, bahan mentah semua halal.
Kalau syarikat cina x bagi staff pakai tudung gelabah korang.
Dua2 prejudice saya tak support. Saya tak hipocrit mcm korang.
— Siva ???? (@Sivavmn) November 19, 2023
The one who made an issue of this was clearly racist or ignorant of his own religion.
Tak ada syarat makanan dimasak orang pakai rantai salib = haram. Dekat fast food chain restaurant, ingat tak ada ke non-Muslim yang prepare your foods, siap tattoo salib pun ada. Tolonglah. https://t.co/eOCxErfxk9 pic.twitter.com/pLQdDffvja
— FIR (@fdajesfry) November 19, 2023
Apa yang salah sampai kena buang pekerja tu?
Ini tidak betul. Pakai rantai Salib tak menjejaskan pun status halal makanan
— Nenas Nazri (@abgskii) November 19, 2023
religious discrimination in Malaysia.
If a muslim can work in a chinese owned halal restaurant why can't someone who is not a muslim do the same? https://t.co/RSgZp9JfjT
— Belle ? (@hanabelIe) November 19, 2023
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: The Vibes
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com