Individu toksik di tempat kerja boleh memberi kesan besar terhadap persekitaran kerja yang sihat dan kondusif. Realitinya, suasana harian di pejabat bukan sahaja dipengaruhi oleh reka bentuk ruang kerja yang moden, kemudahan pantri yang selesa atau tawaran gaji yang lumayan, tetapi turut bergantung kepada hubungan serta interaksi antara warga kerja.
