6 Kelebihan Menggunakan Khidmat Agensi Pekerjaan

6 Kelebihan Menggunakan Khidmat Agensi Pekerjaan

Posted by

Tujuan utama kewujudan agensi pekerjaan/agensi cari kerja adalah untuk membantu pencari kerja mencari kerja baharu. 

Pada masa yang sama agensi ini juga turut membantu syarikat-syarikat mencari calon yang sesuai untuk jawatan kosong yang tersedia di syarikat mereka. 

Malangnya, hanya segelintir orang yang tahu kebaikan dan faedah apabila menggunakan khidmat agensi pekerjaan ini!

Anda tahu tak bahawa bekerjasama dengan perekrut/hiring managers boleh memberi banyak kelebihan bukan sahaja kepada majikan malah kepada syarikat anda secara keseluruhan? 

Berikut adalah enam kelebihan sekiranya anda mendapatkan nasihat dan perkhidmatan daripada agensi pekerjaan/agensi cari kerja.

1. Pengambilan pekerja baharu menjadi lebih cepat

6 Kelebihan Menggunakan Khidmat Agensi Pekerjaan

Dengan menggunakan khidmat atau hire agensi pekerjaan/agensi cari kerja, ia akan memendekkan masa untuk mengisi jawatan kosong di syarikat anda. 

Agensi pekerjaan/agensi cari kerja ini boleh mencari calon lebih pantas daripada anda. Mereka juga akan mendapatkan calon terbaik yang menepati cita rasa dan kelayakan yang anda perlukan dengan menggunakan semua data yang mereka ada!

2. Calon berkualiti tinggi

Dengan menggunakan khidmat agensi pekerjaan/agensi cari kerja, ia akan meningkatkan keupayaan anda untuk bertemu calon yang berkualiti tinggi dengan kemahiran dan kepakaran yang berkaitan dalam sektor anda. 

Mereka ini mempunyai akses kepada data-data calon yang telah ditapis dan dirujuk (referenced candidates). Ini bermakna anda hanya akan bertemu dengan calon yang telah dinilai dan ditapis dengan teliti.

Sebagai agensi pekerjaan/agensi cari kerja, hampir setiap hari mereka akan berurusan dengan calon/pencari kerja. Jadi, mereka pakar dalam menemuduga dan menganalisis kesesuaian pemohon untuk pelbagai jawatan. 

Agensi pekerjaan/agensi cari kerja juga boleh membantu memberikan sokongan dan memberikan nasihat untuk memastikan proses temu duga anda nanti berjalan lancar.

Ini kerana, mereka sangat memahami keperluan anda sebagai majikan/hiring managers dan juga keperluan calon sebagai pemohon.

3. Mempunyai banyak pengetahuan tentang proses pengambilan pekerja

Agensi pekerjaan/agensi cari kerja mempunyai pengetahuan yang lebih baik tentang kemahiran atau ciri-ciri pemohon yang diperlukan untuk setiap syarikat.

4. Pengetahuan tentang aliran pasaran (market trends)

Apabila anda menggunakan khidmat agensi pekerjaan/agensi cari kerja, anda akan mendapat akses kepada pengetahuan tentang kadar gaji, set kemahiran yang tersedia, jangkaan pembangunan kerjaya (career development expectations), kerumitan pengambilan pekerja semasa (current hiring complexities) dan juga aliran pasaran (market trends) dalam sektor anda yang mungkin sebelum ini anda tidak pernah tahu.

5. Extended reach

Tidak semua orang sedang mencari pekerjaan baharu ketika ini. Tetapi sekiranya anda menggunakan khidmat agensi pekerjaan/agensi cari kerja, mereka mungkin tahu siapa calon yang sesuai dan sekarang ini sedang mencari kerja baharu.

6. Tugas mereka untuk bantu anda!

6 Kelebihan Menggunakan Khidmat Agensi Pekerjaan

Agensi pekerjaan/agensi cari kerja akan menulis iklan kerja/ iklan jawatan kosong yang menarik untuk memaksimumkan bilangan orang yang memohon. 

Mereka juga akan menyaring pemohon dengan cepat dan berkesan untuk mencari calon yang terbaik hanya untuk syarikat anda! Jadi, anda dah tidak perlu risau sekiranya tiada siapa yang memohon jawatan kosong di syarikat anda.

Perlukan bantuan agensi pekerjaan/agensi cari kerja untuk bantu iklankan kerja kosong anda? Jangan risau! Kami ada untuk membantu!

Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat para majikan di luar sana.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter).

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *