Nervous dengan pekerjaan baharu anda? Jangan risau! Bagi kebanyakan pencari kerja, frasa ‘pekerjaan baharu’ adalah sesuatu yang menarik kerana ia menandakan peluang untuk mempelajari kemahiran baharu, mengembangkan networking dan membantu membina resume.
Namun, tidak dinafikan perubahan juga boleh menjadi sesuatu yang menakutkan. Sekiranya anda nervous dengan pekerjaan baharu anda, jangan risau kerana anda tidak bersendirian. Ia adalah satu perkara yang biasa dan masih boleh dikawal. Jangan habiskan masa yang ada dengan terlalu memikirkan perkara-perkara yang masih belum terjadi.
Berikut kami kongsikan antara tiga sebab kenapa anda nervous untuk mulakan pekerjaan baharu dan cara untuk anda mengawalnya.
1. Anda takut untuk biarkan majikan anda yang sekarang ini begitu sahaja
Anda pastinya risau dan tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada majikan anda selepas ketiadaan anda di syarikat nanti.
Kesetiaan kepada majikan adalah satu perkara yang baik, tetapi bagaimana pula dengan kesetiaan kepada kerjaya anda? Anda perlu melihat dari sudut pertumbuhan kerjaya anda.
Hadapi ketakutan anda: Berikan yang terbaik sehingga ke hari terakhir anda di syarikat. Dengan cara ini anda akan keluar dari syarikat dengan perasaan yang lega dan tidak terbeban.
2. Anda takut anda akan benci pekerjaan baharu anda
Nervous dengan pekerjaan baharu kerana anda takut anda akan membencinya? Jangan risau! Kalau anda tidak cuba sekarang, anda tidak akan mengetahuinya.
Hadapi ketakutan anda: Kalau anda nervous dengan pekerjaan baharu, anda boleh baca semula deskripsi kerja (job description) untuk jawatan anda. Baca semula tanggungjawab yang perlu dilakukan agar boleh mencapai ekspektasi majikan baharu anda nanti.
3. Anda takut dengan persekitaran baharu anda
Anda pastinya sudah rasa selesa dengan pekerjaan anda sekarang ini. Anda sudah mempunyai rutin harian, rakan sekerja dan anda sudah tahu semua perkara tentang syarikat. Jadi, untuk meninggalkan zon selesa anda pastinya membuatkan anda sedih dan takut.
Hadapi ketakutan anda: Salah satu cara untuk mengatasi ketakutan anda adalah dengan mula mencari kenalan baru. Lebih ramai kenalan baru yang anda jumpa, anda akan lebih yakin untuk melangkah keluar dari zon selesa anda sekarang ini.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com