Apa Nak Buat Kalau Anda Buat Kesalahan Di Tempat Kerja?

Apa Nak Buat Kalau Anda Buat Kesalahan Di Tempat Kerja?

Posted by

Setiap pekerja pastinya ingin memberikan yang terbaik ketika di tempat kerja. Namun, dalam proses untuk jadi yang terbaik, kita pasti pernah melakukan kesalahan.

Melakukan kesalahan ketika di tempat kerja sebenarnya satu perkara yang biasa. Ini kerana, dari kesalahan tersebut, anda dapat belajar perkara-perkara baharu dan dapat memperbaiki diri untuk menjadi pekerja yang lebih baik.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 6 perkara yang anda boleh buat apabila melakukan kesalahan di tempat kerja.

1. Segera akui kesalahan anda

Apabila anda melakukan kesalahan di tempat kerja, anda perlu segera memberitahu dan mengaku pada majikan anda. Lebih-lebih lagi kesalahan yang anda lakukan itu berkait dengan ramai pihak.

Sekiranya kesalahan yang anda lakukan adalah kecil dan tidak memberi kesan kepada siapa pun, cuba untuk memperbaikinya sendiri.

Pastikan anda tidak menutupi kesalahan yang anda lakukan, kerana, mengakui kesalahan adalah salah satu cara menunjukkan profesionalisme anda.

2. Jangan menafikan rasa bersalah anda

Apabila anda buat kesalahan di tempat kerja, anda pastinya akan berasa bersalah sehingga boleh menyebabkan panik. Sebaiknya, jangan menafikan emosi tersebut.

Biarkan perasaan kecewa, atau tertekan yang anda rasa itu datang. Setelah itu, anda boleh mula mencari cara untuk menenangkan diri misalnya, dengan menulis jurnal, atau berbual-bual dengan rakan sekerja mahupun orang terdekat.

Setelah berasa tenang, anda akan jadi lebih mudah untuk mencari penyelesaian untuk memperbaiki kesalahan anda.

3. Menganalisis masalah

Apabila emosi anda sudah tenang, anda boleh mula untuk cari tahu punca kesalahan-kesalahan tersebut berlaku dan cari penyelesaian yang boleh dilakukan untuk memperbaiki situasi.

Lebih-lebih sekiranya kesalahan anda perlu diperbaiki dengan segera.

Semakin cepat anda menemukan penyelesaian, semakin cepat masalah akan selesai dan anda juga dapat menghindari konsekuensi seperti hukuman dari majikan.

4. Minta maaf

Segera meminta maaf sekiranya anda berbuat kesalahan di tempat kerja.

Ketika anda meminta maaf, sebaiknya jangan terlalu banyak memberi alasan.

Sebaiknya, ucapkan permintaan maaf secara singkat kepada majikan anda atau pihak lain yang berkait dengan kesalahan yang anda lakukan.

Berani meminta maaf adalah salah satu ciri profesionalisme di tempat kerja.

Selain itu, anda juga boleh dilihat sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab kerana tidak lari dari masalah.

5. Jangan salahkan orang lain

Menyalahkan orang lain ketika anda membuat kesalahan di tempat kerja adalah tindakan yang tidak profesional.

Sekiranya kesalahan yang dilakukan itu dilakukan dalam satu pasukan, seeloknya minta semua orang yang terlibat untuk menjelaskannya kepada majikan.

Namun, sekiranya anda bertanggungjawab sebagai seorang ketua, pastikan anda tidak menyalahkan ahli pasukan dan tetap bertanggungjawab dengan situasi yang telah terjadi.

6. Cari tahu bagaimana cara untuk tidak ulangi kesalahan yang sama

Jangan biarkan kesalahan yang sama berulang lagi. Hal ini boleh memberi pengaruh pada penilaian prestasi kerja anda.

Disebabkan itu, setelah anda menganalisis masalah, mencari penyelesaian, dan meminta maaf kepada majikan, sebaiknya cari cara agar anda dapat mencegah kesalahan itu daripada terjadi lagi.

Cari tahu dan catat apa sahaja perkara yang boleh membuatkan anda kembali melakukan kesalahan tersebut dan cuba untuk elakkan. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *