Hubungan majikan dan pekerja adalah satu hubungan yang sangat unik dan mempunyai sifat kebergantungan yang sangat tinggi. Hubungan ini bermula dari satu ikatan pekerjaan di antara majikan dan pekerja melalui kontrak pekerjaan.
Dalam hubungan antara majikan dan pekerja ini ada kalanya wujud perselisihan atau pertikaian di antara mereka. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 kunci utama untuk bina hubungan baik antara majikan dan pekerja.
1. Kredibiliti
Kredibiliti seseorang majikan atau pengurus diukur dari hasil tugas yang dibuat oleh dirinya dan pekerja. Terdapat sesetengah majikan bersikap sombong dengan pekerja bawahannya. Ada yang hanya pandai mengarah dan pandai menyuruh serta tidak menjadi contoh yang baik.
Ada juga majikan yang menggunakan sentimen fear dan perasaan takut dan garang untuk hadirkan rasa hormat pekerjanya. Malangnya, mentaliti ini menjadi punca pekerja tidak menghormati majikan. Lama kelamaan pekerja tidak suka dan menjurus kepada benci dan ia adalah punca hubungan antara majikan dan pekerja menjadi renggang.
2. Ilmu (knowledge)
Ilmu perlu ada dalam diri setiap majikan untuk mendapatkan kehormatan dan keyakinan pekerja terhadap anda. Majikan dan pekerja boleh sama-sama belajar dan melengkapi antara satu sama lain bagi mengekalkan hubungan yang baik.
3. Komunikasi
Komunikasi yang lemah adalah punca utama berlakunya kerenggangan dalam hubungan antara majikan dan pekerja. Sesetengah majikan tidak bijak dalam berkomunikasi dengan pekerja. Mereka tidak mampu untuk sampaikan arahan dan tidak mampu untuk kawal emosi.
Kesilapan utama majikan adalah apabila mereka hire pekerja, mereka anggap pekerja tersebut terus pandai untuk buat semua kerja. Majikan tidak beri penerangan, tidak berikan latihan secukupnya dan tidak membimbing mereka.
Majikan juga gagal untuk sampaikan misi dan visi syarikat kepada pekerja sehingga mereka tak pasti apa sebenarnya arah tuju syarikat dan apa tugas yang mereka perlu buat untuk bantu majikan capai matlamat.
4. Kebajikan
Kebanyakan pekerja boleh berhenti kerja sebab mereka rasa kebajikan mereka tidak dijaga oleh majikan. Contohnya, keperluan tempat kerja dan benefit yang sepatutnya mereka dapat ditarik atau dihadkan.
Pekerja adalah aset sesebuah syarikat. Majikan yang bijak akan merancang masa hadapan pekerja agar mereka berkembang bersama-sama dengan syarikat. Ini adalah proses yang sepatutnya berlaku secara berterusan. Malangnya, ramai majikan tidak endahkan hubungan dengan pekerja, dan pekerja juga tak dibimbing untuk hargai majikan.
5. Sikap
Dalam konsep sebuah syarikat atau organisasi, sikap seseorang majikan adalah sangat penting. Majikan yang mempunyai hubungan yang baik dengan pekerja lazimnya memupuk sikap yang baik dalam syarikat. Mereka bersama-sama memupuk budaya mementingkan sikap dan perhubungan yang baik di antara majikan dan pekerja.
Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter). Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com